Mungkin agak terlambat post ini, tapi tak mengapa rasanya dari terus biar blog ni sunyi sepi. Lepas solat maghrib kami bertolak dari martil ke tetouan menaiki bas, hampir sejam perjalanan kami yang biasanya dalam 15minit. Kesesakan lalu lintas yang amat buruk dalam sejarah aku duk kat sini, musim panas dulu2 pun xlah sesak camni, apa lah yang ada sangat kat Martil sampai ramai sangat manusia.

Sampai je kat rumah tetouan muhadharoh dah bermula, muhadharoh disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Ali Hanafi, pelajar Indonesia yang sedang menyiapkan tesis PHd nya, kami panggil Pak Ali jer hehehe.
Muhadhorah sekitar akhlak Rasulullah SAW dan pendirian beliau secara peribadi mengenai sambutan maulud, adakah bidaah atau boleh disambut, jika boleh bagaimana caranya, dan yang berkaitan dengan nya.

Pak Ali dan Pak Daddy
Selesai muhadhorah dari Pak Ali, Al fadhil Ust Daddy pelajar Indonesia yang sedang menyiapkan tesis PHD nya juga menambah mengenai karikatur yang menghina Rasulullah SAW, kenapa masih ada sentimen begitu di eropah? apa langkah umat Islam menghadapinya?

Jamuan yang ala kadar
Boleh tahan diorang ni, biasalah bapak2 PHD memang power la ilmu diorang. Majlis diakhiri dengan jamuan ala kadar dan ala morocco. Borak2 sikit sambil bertukar cerita pasal bola, biasalakan…bapak2 ni pun layan bola juga hehehe…
Alhamdulillah kami perolehi ilmu yang baru dari bapak2 PHd pada malam itu. Kami bergegas pulang ke Martil kerana esoknya ada exam.
by Tokki
Pak Ali ni belajar PhD di Universiti mana? ana nak email dia..atau mana2 pelajar PhD lah terutama di tetouan
Pak Ali belajar kat Universiti Abdul Malek Saadi tetouan. Hanya tinggal dia sorang je pelajar PhD dari Indonesia disini. Boleh la contact dia dengan email ini : rewata@yahoo.com