
Kuliah Usuluddin
Sepanjang hidup aku, aku pernah tengok dua kali dengan mata kepala aku sendiri orang dewasa menangis. Satu, masa balik cuti summer aritu, seorang Sheikh tareqat, time tu dia ziarah member dia, diorang bercerita pasal nama-nama Allah SWT, akhirnya…..dia nangis teresak-esak bila nama-nama Allah disebut, subhanAllah.
Satu lagi minggu lepas, masa tu ktorang belajar subjek “Jemaah Mazhab-mazhab Kalam“. Ustaz Binya’ish…dia ajar bab bagaimana bermulanya “Fitna Kubra” zaman sahabat, sampai la cerita perang Siffin…mata nya mula berkaca-kaca, dengan suara tersekat-sekat dia teringat pernah membaca bagaimana Saidatina Aisyah dituduh bukan-bukan oleh puak Syiah yang tak betul, dia tak dapat nak teruskan, akhirnya teresak-esak menangis dalam bilik kuliah, suasana cukup sayu masa tuh, subhanAllah….Kedua-dua mereka menangis kerana “cinta”, mempunyai hati yang “hidup”. Zaman sekarang menangis kerana putus cinta, hilang kereta, tak lulus peksa dan lain-lain. Fikir2la dimana kedudukan kita disisiNya.Wallahu A’lam.
by Tokki