Bismillahirrahmaanirrahim
Seawal jam 8 a.m handphone Daud berbunyi, panggilan seorang kawan arab, Fauzi a.k.a Poji. ” Halu, fin tina? ana fi mahattah, ya Allah sohbi” (hello, ko kat mana? aku di station bas ni, cepatlah kawan ku) dengan lemahnya ku menjawab ” wakha, billati shihaja, ana maji ” (ok, tunggu kejap, aku datang).
Ku panggil Daud, ” Daud!! nak gi tak? “ “ermm…” antara sedar dan tidak. Ikutkan hati tak nak pergi dah, ingatkan janji, terpksa la ditunaikan. (p/s : jangan berjanji kalau rasa tak mampu tunaikan).
Ku bersiap serba ringkas, ku capai bola, dengan mamainya ku melangkah dalam sedar-sedar ayam, akhirnya sampai di mahattah. ” Kunta naim? ” (ko tengah tido ke tadi?) ku menjawab ” ayyeh” (yup) Poji bertanya lagi ” aina aakharun? ” (mana yang lain?) dengan senyum tawar ” naaimun ” (zikir senyap).
Tanpa berlengah lagi kami terus menuju ke pantai, pada asalnya kami berjanji nak main bola dengan Poji, and then dah panas-panas main bola boleh terjun laut, lagi pun cuaca kat Martil ni dah agak panas, walaupun malamnya masih sejuk, memandangkan aku tidak membawa apa-apa, mungkin sekadar main bola.
Sambil berjalan mencari port baik punya, kami melewati seorang makcik yang sedap berehat, mungkin baru lepas jogging. Nampaknya Martil dah mula nak masuk summer, ada lah dua tiga orang sedang berjemur. Kami mengambil tempat di sebalah satu keluarga yang sedang berkelah nampaknya. Suasana pagi tu amat aman, ombak tenang sekali, orang pun tak ramai.
Aku amik keputusan berjemur sekejap melepaskan lelah bermain bola layan si Poji. Tanpa disedari ada seorang gadis Perancis di tepi kami turut berjemur dengan anjing nya yang agak besar. Kalau dah orang eropah berjemur, faham-fahamlah kan. (p/s : anda diminta jangan ke pantai pada musim panas, kalau nak ke pantai juga, kuatkan iman dahulu).
Tengah duk feeling tu, tetiba datang seorang pakcik. “ tadi ada makcik yang tengah duk rehat kat situ, ko nampak tak kat mana dia? “ Poji menjawab “ aku nampak dia turun dalam air tadi ” “mana dia?” Pakcik tu bertanya lagi. Kami kaget, cuba meninjau-ninjau di dalam air.
Dari jauh kami nampak sakujur tubuh sedang terapung, ” tu dia ! tu dia..” kata seorang arab. Nampaknya dah agak jauh mayat tu terapung pergi. Kami di tepi pantai memanggil sebuah bot untuk mengambil mayat tersebut, tapi apakan daya, nelayan tu takut untuk mengambilnya, dan berlalu dengan botnya begitu sahaja. ” sial punya orang “ hatiku menyumpah seranah. Poji dengan pantas berlari ke balai polis.
Dua orang arab turun ke air, mereka cuba berenang menghampiri mayat tersebut, oleh kerana sudah agak jauh, mereka berdua tidak berani untuk menariknya. Polis sampai bersama Poji, orang pun sudah ramai yang berkumpul di situ. Polis masih juga tidak melakukan apa-apa, hanya menyelongkar plastik kepunyaan makcik itu yang ditinggalkan ditepi pantai.
” Bongok punya polis, tak kan tengok je” aku masih lagi menyumpah dengan kelembapan polis Morocco ni. Seorang arab berbunyi dengan nada kesalnya terhadap polis ” polis ni bukan kisah pon rakyat mati ke hidup, yang diorang tahu jaga raja je”. Sehingga saat cerita ini ditulis, raja masih lagi di Tetouan, dan polis sibuk menjaganya.
Aku dan Poji mengambil keputusan untuk pulang, “baru je kita lalu tepi makcik tu, baru je kita tengok dia hidup, sekarang dah mati, inilah qada’ dan qadar Allah terhadap dia” luah Poji, aku hanya mengia dengan lemah.
Setiap yang hidup pasti akan mati, inilah sunnatullah yang ditulis untuk kita semua, bagi yang masih hidup, kejadian-kejadian seperti ini dijadikan peringatan, kerana mati kita, hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Sentiasalah bersedia menghadapi’nya’ (mati).
Wallahu A’lam
by Tokki

mati3!!!