Sebelah kiri Daud, calon pilihanraya, Baghdadi.
Alhamdulillah, walaupun di perantauan kami bersyukur kerana berpeluang menyertai pilihanraya kampus, tidak lebih sekadar ingin merasai pengalaman mengundi. Secara ikhlasnya pilihanraya disini amat jauh bezanya bak langit yang ketujuh dan kerak paling dalam bumi ni jika nak dibandingkan dengan Malaysia, samada dari aspek, suasana, sistem, dan apa yang berkaitan dengan pilihanraya, walaupun adalah sedikit lobi melobi dari calon yang bertanding.
Sebelah kiri Faiz Rahimi, calon pilihanraya, Abdul Fatah.
Cuma apa yang boleh saya simpulkan sepanjang sesi pembungan sehinggalah pengumuman undian tadi, rata-ratanya memilih calon berdasarkan syakhsiah calon. Oleh kerana di kuliah yang sekecil ini (tapi berbisa), sudah tentulah tidak mempunyai parti-parti, atas sebab inilah pemilihan dibuat berdasarkan calon. Jika mempunyai parti, sudah tentu usul dan perjuangan yang dibawa itu terlebih dahulu akan dinilai.
Kami sebagai ‘rakyat’ mengharapkan yang terbaik dari calon yang menang bertanding pilihanraya tadi. Selamat memimpin.
Wallahu ta’ala A’lam
by Tokki
Gambar-gambar ketika pilihanraya dijalankan :




