Turkey

Assalamualaikum..

Hari ni kami sudah bebas dengan peperiksaan. Dikesampatan ini, kami boleh menyaksikan perlawaan Euro 2008 tanpa rasa tertekan. Alhamdululilah.

Perlawanan hari ini diantara Croatia vs Turkey. Perlawanan suku akhir. Bermakna perlawanan kalah mati. Ada yang kata, tahun ini mencatat sejarah ramai pemain Islam yang bermain untuk Euro 2008. Kalau dilihat dari sudut ilmiah, ramai penduduk Eropah kini yang masuk Islam kerana tahu Islam adalah agama kebenaran. Tapi berlainan pula dengan orang Islam sendiri, tidak berbangga dengan Islam yang diterimanya sejak kecil. Kelak dewasa, murtad dan keluar Islam. Nauzubillah..

Kami telah melihat perlawanan tadi. Kalau diikutkan, Turkey tiada harapan untuk menang. Mana tidaknya, minit ke-119 pihak Croatia telah menjaringkan gol. Baki tidak sampai seminit, bahkan kurang seminit. Dengan usaha dan usaha, Turkey berjaya menjaringkan gol penyamaan.

Lihat, kesungguhan pemain pada saat akhir berjaya menghasilkan “hadaf”. Apakah sebagai pelajar kita tidak boleh mencontohi pemain ini?. Bersungguh-sungguh. Berjaya atau tidak berjaya “belakang cerita”.

Dek kerana seri 1-1, perlawanan berakhir dengan penalti. Natijahnya, Turkey yang dianggap tidak akan menang, memperolehi natijah yang sebaliknya. Turkey-3 vs Croatia-1.

Bola sepak Malaysia macam mana pula?. Ada sesiapa pelajar Magribi balik ke Malaysia ingin menjadi pemain. Boleh, sekat team Tetuani dahulu…hehe

by: senyum

Advertisement

Leave a Comment

Filed under spirit

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s