
Semua ada dalam gambar ni
Tengah aku merayap dalam lapto ni wusha2 gambar lama, akhirnya aku temui gambar ni. Kenangan dulu kembali menggamit ingatan ini, pelbagai gelagat dan perangai masing-masing. Tersenyum sendirian aku mengimbau kenangan dulu, cukup untuk ku merasai nilai ukhuwahnya.
Kedatangan kami ke Morocco pada awalnya di himpunkan di Rabat(khas pelajar yg akan ke Tetouan), dalam seminggu kami di Rabat kalau tak silap, mengikuti program SPB dan jalan2 sekitar rabat, kenangan di rabat pada masa itu masih meninggalkan kesannya pada kami denga pemberian terjemahan al Quran setiap seorang untuk kami, pelajar-pelajar wilayah lain masa tu tak dapat.

Haflah kat rumah Yassine
Kami selamat tiba di Tetouan, kami disambut oleh Ust Naja’, Abg Khalid, Achik dan Abg Chipto. Masa tu first time naik teksi 6orang, aku naik denga Abg Chipto duduk kat depan. Alhamdulillah selamat sampai kat rumah, nama-nama telah dibahagikan, aku dengan Daud cepat2 wusha bilik mana yg best utk kami berdua(hehehe).
6 orang rumah atas, Rahmad, Mat Noor, Wali, Sobri, Faiz Mukmin dan Daud, 6 orang rumah bawah, Faiz Rahimi, Ataa’u, Nasry, Azrul, Muhaimin dan Halim. Semua sekali masa tu 12 orang, sepatut nya 13 orang, seorang lagi kat Libya hahaha…seorang lagi Akmal, masih di Rabat masa tu, sedikit masalah apabila beg Akmal sampai di Libya bukan Morocco.

Raya Haji, Ust Sharif bagi kambing
Set2 senior duk rumah lain, diorang empat orang, Ust Naja’, Abg Khalid, Abg Chipto dan Bro Nasyrik. Diorang sume best2, banyak tolong ktorang diawal kami disini. Kami diajar peraturan2 dan bermacam2 la. Aku yang xpandai masak langsung pun dah jadi amateur sekarang hehehe…
Rumah atas ketua ktorang Mat Noor, memang best Mat Noor ni, sebab dia suka nyakat Muhaimin hehehe…tergelak besar aku dulu bila Mat Noor nyakat Muhaimin “ Muhaimin ko jangan baca doa, ko tak pandai berdoa” hahahaha…. Rumah bawah Azrul ketua, dua-dua ketua rumah ni orang Pahang, PMMM yang dah buat pilihan.

Lawan Set2 Kenitera Kat Hayy
Kebanyakan budak2 Tetouan masa tuh memang hebat2 belaka main bola, kami ada pertahanan kental, Rahmad, Ataa’u , Faiz, Halim, Muhaimin, midfilder yang kreatif, Nasry, Abg Khalid, Wali, penyerang handalan, Sobri, penjaga gol yang cekap, Akmal dan Azrul. Kami mempunyai sebuah team yang mantap. Kami masa tu cukup teruja jika diajak lawan, antara lawan yg ketat Abg2 senior Kenitera masa tu.
Keluarga kami di Tetouan masa tuh cukup meriah dan bahagia, Abg senior yang best2 dan adik2 junior yang baik tapi nakal sikit (bukan jahat tau). Keluarga kami makin mengecil bila Ust Naja’ selesai program masternya. Kehilangan Ust Naja’ cukup kami terasa masa itu, beliau banyak ajar kami ilmu2 yang kami memang tak faham dan kami tak pernah jumpa, Alhamdulillah apa yg Ust Naja’ ajar masa tu kami boleh jadikan sebagai perintis untuk kami lebih kuat belajar dan menuntut ilmu mencari kebenaran apa yang dah diajar. Ust Naja’ juga seorang yang bersungguh2 bila tolong orang.
Setelah Ust Naja’ pergi, Akmal yang duduk kat rumah atas pindah ganti tempat Ust Naja’. Ust Naja’ pergi, ganti adik dia, Ust Atok. Kedatangan Ust Atok bersama dengan Abg Jiji, mereka berdua memulakan program master di kuliah adab. Nampak nya pemergian Ust Naja’ diganti dengan dua orang yang hebat.
Tamadun Islam pernah mengalami kejatuhan dan berlalunya kegemilangan mereka, begitu juga kami, semua kegembiraan kami seolah diragut dengan satu berita, Universiti TIDAK IKTIRAF, malah program master juga tidak disambung untuk tahun kedua, walaupun begitu kami tetap redha menerima berita itu, siapalah kami mahu menentang ketentuan Maha Agung. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba2 nya.

Kat bilik kuliah
Kami mula sibuk memikirkan hala tuju pengajian kami. Masing2 mula berbincang dengan keluarga, solat istikharah, mula bertanya university2 tempat lain. Yang pasti masa tu tak ada yang pilih Kenitera dan Rabat, alasan (terpaksa disembunyikan) hehehe…
Keputusan dibuat, Halim dan Rahmad ke Marrakech, Sobri dan Azrul ke Casa, Mat Noor ke Mohammedia, Muhaimin ke Fes, dan baki nya masih di Tetouan, Faiz Rahimi, Faiz Mukmin, Ataa’u, Waliyuddin, Daud dan Akmal. Mungkin cinta kami pada Tetouan terlalu kuat kot heheheh…

Cabo Negro, cantikkan?
Pengajian kami di kuliah sedikit hambar, masing2 sudah tahu perjalanan selepas ni, tapi tak sangka juga sebenarnya memberi kesan apabila ke universiti lain, tak apa la tuh. Sebelum kami semua berpisah, summer masa tuh enjoy puas2 (masa tu xmatang sangat, sekarang semua dah berubah sakan aku tengok), jalan pi Sebtah ramai2, pi Cabo negro(hehehe), lebih2 lagi Martil ni musim panasnya 24hours tak tidur(tak caya mai la sini summer nanti), malam merayap entah kemana. Mungkin masa tu kami nak tinggalkan kenangan yang mungkin tak berulang lagi Wallahu A’lam.
Semua tu kini hanya tinggal kenangan, tahun ni mungkin ada yang dah nak balik Malaysia (bittaufiq insyallah),yang nak kahwin belum lagi kot hehehe…Mungkin bila semua dah berpecah macam ni baru kita rasa lazatnya, manisnya, kenangan dan ukhuwah yang pernah kita miliki. Semoga persahabatan kita kekal sampai bila2 sahabatku semua Aminn.

Haflah rumah Said,Mustafa dan Hamid
5 April 2008, 9.10 PM
Martil, Tetouan.
Buat sahabat2ku ex-Tetouan sebagai kenangan.
by Tokki